Tuesday, November 27, 2012

Bila puteriku berdoa

(Ini gambar hiasan..bukan gambar sebenar)

Sayu hati ini..terdetak hati ini..
Bila mendengar puteriku berdoa..
"Ya Allah aku nak jadi anak solehah ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah
Ampun dosa adiku ya Allah, Aku sayang adiku ya Allah,
Aku nak jadi kakak yang baik ya Allah,
Aku nak ibu dan ayahku tidak bergaduh ya Allah,
Aku tak sanggup melihat mereka masuk ke dalam api neraka,
Ampunkan Kakak ibu, Kakak sayang ibu..."
meleleh air mata syahdunya..puteriku Isma Batrisyia (8tahun)
Semoga dirimu menjadi anak yang solehah anakku,
Lahirmu membawa bahagia..
pengikat kasih sayang..
Semoga Al-Quran dan As-Sunnah menjadi penganganmu
sehingga akhir hayat.
Ya Allah mudahkanku menjaganya, mendidiknya, membelainya
sehingga mampuku..
Inginku menjadi penemanya tika dia dalam buntu,
Inginku menjadi gurunya tika dia susah menuntut ilmu,
Ingin sentiasa menegurnya tika dia alpa dan leka,
Ingin sentiasa menenangkanya tika dia dalam takut,
Ingin bersamanya tika dia sedang bersedih..
Aku ingin menjadi tempat rujuknya..tempat mengadu..
Aku nak dia tahu yang di selamat, bahagia dan gembira denganku,
aku ingin sekali melihat dia riang dan gembira walau selepasku menghukumnya,
Aku ingin dia menyayangiku sebagaimana aku menyayanginya,
Aku nak dia tahu, yang aku sangat menyayanginya,
kekuatanku adalah dia..
Semangatku adalah redhamu..
bukan kemewahan yang aku kejar..tapi kasih sayang
Islam itu bukan kekerasan tapi kasih sayang..
Orang yang beriman itu penuh sayangnya.. >_<
Jadikan aku ibu yang sentiasa menjaga imanku..dengan izinmu ya Allah.




Bersyukur

Syukur pada ya Robb
Deraian air mata..bak butiran pasir kering dipipi
Tika ku bangkit untuk bertahajud padamu,
Syukur Ya Allah ada rezekiku untuk memohon doa dihening pagi ini,
Aku tak pernah jemu,
Aku tak pernah berhenti dari berharap,
Aku yakin ada sesuatu yang kau ingin tunjukkan,
Yang pasti kau sedang mengajar aku erti sabar
Erti Redha..
Kekadang aku meratap..sendirian
Tanpa teman bicara..
Tanpa sesiapa..
Aku tak pernah jemu..untuk ke sini lagi..
Sendirian tanpa teman,
Selalu membuat telahan sendiri,
Hanya pergantungan padamu,
memohon pertolongan padamu,
teman-teman datang dan pergi,
kekadang datang berkunjung dan pergi,
Kekadang juga telahanku salah,
Mengharap pada yang salah,
Membawa aku terjun jatuh,
Nyawa bagai dihujung tanduk,
Dicincang tiada darah,
Makan tidak berasa,
Tidurku bagaikan jaga,
Gembira hakikatnya derita,
Tapi hanya kau Maha segala,
Hadir seorang hartawan lagi budiman,
untuk menjamin nyawa buat seketika,
Aku belajar sesuatu, sahabat tak semuanya serupa,
Luaran ok-ok saja..niat hati kesumat belum dikira.
Musuh jangan bergaduh lagilah jangan bermusuh,
Islam bukan mengajar untuk bermusuh
Sedang memutuskan silaturahim sudah berdosa, rezeki juga tiada,
Hanya sebagai peringatan diri semata,
Biar pisang tidak berbuah 2 kali.
Sentiasa berwaspada...
Fokus balik, pada apa segala urusan,
Doalah tanpa jemu dan alpa,
Kerana Allah suka mendengar setiap rintihan doa kita,
Nescaya akan diperkenankanNya..Amin.