Tuesday, November 27, 2012

Bersyukur

Syukur pada ya Robb
Deraian air mata..bak butiran pasir kering dipipi
Tika ku bangkit untuk bertahajud padamu,
Syukur Ya Allah ada rezekiku untuk memohon doa dihening pagi ini,
Aku tak pernah jemu,
Aku tak pernah berhenti dari berharap,
Aku yakin ada sesuatu yang kau ingin tunjukkan,
Yang pasti kau sedang mengajar aku erti sabar
Erti Redha..
Kekadang aku meratap..sendirian
Tanpa teman bicara..
Tanpa sesiapa..
Aku tak pernah jemu..untuk ke sini lagi..
Sendirian tanpa teman,
Selalu membuat telahan sendiri,
Hanya pergantungan padamu,
memohon pertolongan padamu,
teman-teman datang dan pergi,
kekadang datang berkunjung dan pergi,
Kekadang juga telahanku salah,
Mengharap pada yang salah,
Membawa aku terjun jatuh,
Nyawa bagai dihujung tanduk,
Dicincang tiada darah,
Makan tidak berasa,
Tidurku bagaikan jaga,
Gembira hakikatnya derita,
Tapi hanya kau Maha segala,
Hadir seorang hartawan lagi budiman,
untuk menjamin nyawa buat seketika,
Aku belajar sesuatu, sahabat tak semuanya serupa,
Luaran ok-ok saja..niat hati kesumat belum dikira.
Musuh jangan bergaduh lagilah jangan bermusuh,
Islam bukan mengajar untuk bermusuh
Sedang memutuskan silaturahim sudah berdosa, rezeki juga tiada,
Hanya sebagai peringatan diri semata,
Biar pisang tidak berbuah 2 kali.
Sentiasa berwaspada...
Fokus balik, pada apa segala urusan,
Doalah tanpa jemu dan alpa,
Kerana Allah suka mendengar setiap rintihan doa kita,
Nescaya akan diperkenankanNya..Amin.

No comments:

Post a Comment